APA ITU WAQAF

 WAKAF ialah menahan sesuatu benda yang kekal zatnya yang boleh diambil manfaat daripadanya untuk diberikan  kepada jalan kebajikan.

Abu Hurairah berkata bahawa Nabi Bersabda, " Apabila mati seseorang  mukmin terputuslah amalannya Kecuali Tiga Perkara : Wakaf atau sedekah yang berkekalan, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang berdoa untuk ibu bapanya.
 riwayat (al Jamaah kecuali al Bukhari dan Ibnu Majah)


Mengikut hadis di atas  wakaf itu mempunyai ganjaran yang sangat besar yang lebih dari sedekah biasa kerana pahala waqaf itu akak kekal berterusan selama barang   itu masih berguna dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Rukun Wakaf

 1 . Yang berwakaf dan syaratnya
       a- berwakaf membuat kebajikan walaupun bukan islam.
       b- dengan kehendak sendiri dan tidak sah jika ada paksaan

2 .  Benda yang diwakafkan dan syaratnya
      a- hendaklah kekal zatnya iaitu semasa diambil manfaatnya zatnya tidak rosak seperti sekolah, rumah dan
          tanah.
      b- kepunyaan yang memberi wakaf.

3 . Tempat berwakaf (yang berhak menerima hasil wakaf itu).

4 . Wakaf untuk kebajikan Am
      a- contoh lafaz orang yang memberi wakaf. " saya wakafkan ladang saya ini kepada orang2 yang miskin
          atau saya wakafkan bangunan ini untuk kediaman pelajar ataupun sebagainya.

Syarat Wakaf

1 . Harta yang diwakafkan tidak dibataskan dengan waktu yakni selama-lamanya. jika ianya dibataskan
     dengan waktu maka wakaf itu tidak sah kerana tidak berkekalan.

2 . Tunai dan tidak ada khiyar (pilihan)
      Bersyarat  kerana wakaf bermakna pemindahan milik pada wakaf itu. Jika disyaratkan khiyar atau dia
      berkata : kalau saya datang saya wakafkan ini kepada sekolah ini, wakaf ini tidak sah kerana ia tidak
      bersifat tunai.

3 . Hndaklah diterangkan kepada siapa yang diwakafkan.
     misalanya  jika seseorang itu berkata "saya wakafkan rumah ini" maka ianya tidak sah kerana tidak
     diterangkan  kepada siapa/pihak  harta tersebut ingin diwakafkan.

wakaf ini diuruskan oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri,  wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf harta dan wakaf duit bagi yang hendak  melakukan wakaf tetapi tiadak mempunyai harta seperti tanah ataupun bangunan maka ianya boleh melakukan wakaf dengan duit.

Intstitusi wakaf ini  memberi sumbangan yang besar kepada  kepada masyarakat Islam  di segenap masa dan peringkat. Buktinya negara-negara Islam di Asia Barat dan negara-negara Islam  yang lain dalam dunia ini  mendapat banyak manfaat  yang besar daripada institusi wakaf. oleh itu kaum muslimin  yang mampu membuat wakaf  hendaklah melakukannya ia juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah justeru mendapat saham di akhirat kelak.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
'surah Ali Imran ayat 92'