Abu Hurairah berkata bahawa Nabi Bersabda, " Apabila mati seseorang mukmin terputuslah amalannya Kecuali Tiga Perkara : Wakaf atau sedekah yang berkekalan, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang berdoa untuk ibu bapanya.
riwayat (al Jamaah kecuali al Bukhari dan Ibnu Majah)
Mengikut hadis di atas wakaf itu mempunyai ganjaran yang sangat besar yang lebih dari sedekah biasa kerana pahala waqaf itu akak kekal berterusan selama barang itu masih berguna dan memberi manfaat kepada orang ramai.
Rukun Wakaf
1 . Yang berwakaf dan syaratnya
a- berwakaf membuat kebajikan walaupun bukan islam.
b- dengan kehendak sendiri dan tidak sah jika ada paksaan
2 . Benda yang diwakafkan dan syaratnya
a- hendaklah kekal zatnya iaitu semasa diambil manfaatnya zatnya tidak rosak seperti sekolah, rumah dan
tanah.
b- kepunyaan yang memberi wakaf.
3 . Tempat berwakaf (yang berhak menerima hasil wakaf itu).
4 . Wakaf untuk kebajikan Am
a- contoh lafaz orang yang memberi wakaf. " saya wakafkan ladang saya ini kepada orang2 yang miskin
atau saya wakafkan bangunan ini untuk kediaman pelajar ataupun sebagainya.
Syarat Wakaf
1 . Harta yang diwakafkan tidak dibataskan dengan waktu yakni selama-lamanya. jika ianya dibataskan
dengan waktu maka wakaf itu tidak sah kerana tidak berkekalan.
2 . Tunai dan tidak ada khiyar (pilihan)
Bersyarat kerana wakaf bermakna pemindahan milik pada wakaf itu. Jika disyaratkan khiyar atau dia
berkata : kalau saya datang saya wakafkan ini kepada sekolah ini, wakaf ini tidak sah kerana ia tidak
bersifat tunai.
3 . Hndaklah diterangkan kepada siapa yang diwakafkan.
misalanya jika seseorang itu berkata "saya wakafkan rumah ini" maka ianya tidak sah kerana tidak
diterangkan kepada siapa/pihak harta tersebut ingin diwakafkan.
wakaf ini diuruskan oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri, wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf harta dan wakaf duit bagi yang hendak melakukan wakaf tetapi tiadak mempunyai harta seperti tanah ataupun bangunan maka ianya boleh melakukan wakaf dengan duit.
Intstitusi wakaf ini memberi sumbangan yang besar kepada kepada masyarakat Islam di segenap masa dan peringkat. Buktinya negara-negara Islam di Asia Barat dan negara-negara Islam yang lain dalam dunia ini mendapat banyak manfaat yang besar daripada institusi wakaf. oleh itu kaum muslimin yang mampu membuat wakaf hendaklah melakukannya ia juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah justeru mendapat saham di akhirat kelak.
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
'surah Ali Imran ayat 92'