APA ITU WAQAF

 WAKAF ialah menahan sesuatu benda yang kekal zatnya yang boleh diambil manfaat daripadanya untuk diberikan  kepada jalan kebajikan.

Abu Hurairah berkata bahawa Nabi Bersabda, " Apabila mati seseorang  mukmin terputuslah amalannya Kecuali Tiga Perkara : Wakaf atau sedekah yang berkekalan, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang berdoa untuk ibu bapanya.
 riwayat (al Jamaah kecuali al Bukhari dan Ibnu Majah)


Mengikut hadis di atas  wakaf itu mempunyai ganjaran yang sangat besar yang lebih dari sedekah biasa kerana pahala waqaf itu akak kekal berterusan selama barang   itu masih berguna dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Rukun Wakaf

 1 . Yang berwakaf dan syaratnya
       a- berwakaf membuat kebajikan walaupun bukan islam.
       b- dengan kehendak sendiri dan tidak sah jika ada paksaan

2 .  Benda yang diwakafkan dan syaratnya
      a- hendaklah kekal zatnya iaitu semasa diambil manfaatnya zatnya tidak rosak seperti sekolah, rumah dan
          tanah.
      b- kepunyaan yang memberi wakaf.

3 . Tempat berwakaf (yang berhak menerima hasil wakaf itu).

4 . Wakaf untuk kebajikan Am
      a- contoh lafaz orang yang memberi wakaf. " saya wakafkan ladang saya ini kepada orang2 yang miskin
          atau saya wakafkan bangunan ini untuk kediaman pelajar ataupun sebagainya.

Syarat Wakaf

1 . Harta yang diwakafkan tidak dibataskan dengan waktu yakni selama-lamanya. jika ianya dibataskan
     dengan waktu maka wakaf itu tidak sah kerana tidak berkekalan.

2 . Tunai dan tidak ada khiyar (pilihan)
      Bersyarat  kerana wakaf bermakna pemindahan milik pada wakaf itu. Jika disyaratkan khiyar atau dia
      berkata : kalau saya datang saya wakafkan ini kepada sekolah ini, wakaf ini tidak sah kerana ia tidak
      bersifat tunai.

3 . Hndaklah diterangkan kepada siapa yang diwakafkan.
     misalanya  jika seseorang itu berkata "saya wakafkan rumah ini" maka ianya tidak sah kerana tidak
     diterangkan  kepada siapa/pihak  harta tersebut ingin diwakafkan.

wakaf ini diuruskan oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri,  wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf harta dan wakaf duit bagi yang hendak  melakukan wakaf tetapi tiadak mempunyai harta seperti tanah ataupun bangunan maka ianya boleh melakukan wakaf dengan duit.

Intstitusi wakaf ini  memberi sumbangan yang besar kepada  kepada masyarakat Islam  di segenap masa dan peringkat. Buktinya negara-negara Islam di Asia Barat dan negara-negara Islam  yang lain dalam dunia ini  mendapat banyak manfaat  yang besar daripada institusi wakaf. oleh itu kaum muslimin  yang mampu membuat wakaf  hendaklah melakukannya ia juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah justeru mendapat saham di akhirat kelak.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
'surah Ali Imran ayat 92'

SUAMI-SUAMI bukan SUAMI ISTERI


APA suami-suami? yela kalau dah laki kahwin laki xkan nk paggil suami isteri kot??
 Hubungan sejenis??? eeee geli kot dengar... tapi itulah reality sekarang... x kisah samada GAY ataupun LESBIAN ... sekarank dah banyak isu2 gay n lesbian nie herrmmm x taw la apa nak jadi...
Tapi bila kita duk fokus tentang golongan homoseksual sampai ada yang terlupa ada lagi satu kategori yaitu BISEKSUAL... mana lagi bahaya???

atceli ni nak story la ciket xperience terkena dengan gay2 nie... first time waktu mula2 keja...
pagi hari first keja pagi tu mood mmg ok sampai p keja pakai baju pink+putih... saja syok2...
bila sampai kat tempat keja "time parking moto"ada sorang brader nie mai... "
       A      : hai adik lawa la pagi nie...
sayakisah : hah p dah aku(dalam hati)
      A       : adik nk x teman abg kita g minum2 kat cafe depan tu lagipu tentu adik x brekfes lagi kan?
saya kisah: errr xpa la  dah ada org tggu saya nk brekfes lagipun takut lmbat masuk keja nie...
      A       : alla... betul taknak nie abg belanja , lagipun abg baru kena loteri semlam...(terus dia pegang tangan                              sayakisah n nak bawa g minum)
*keadaan semakin gawat
sayakisah : awat yang x reti bahasa nie orang kata xmaw xmaw la(naik angin dah)
      A       : ops ok sory ggu...
sayakisah : fuhh lega...

hahah... tu baru cerita yang gay.... yang biseksual punya pun ada gak.... yang nie kawan saya...
nie cerita dia... 

saya kisah: wei semalam ang wat apa? awat arini masuk keja lmbat.
B             : aku tidoq dgn hubby aku la kat hotel ...
saya kisah: hahahha.. hampa x takut ka kna rush dgn jabatan agama???
B             :mulut jangan capoi... hubby aku duit bnyak xkan nk amik hotel murah2...
saya kisah: wei2 hubby ang dah kahwin blum... 
B             :dah, anak 3... sulung umur 16...
saya kisah: emmmm ok hensem sgt ka laki ang tu???hhahahaha
B             : kalau x hensem pun duit bnyak...
saya kisah:bila hang nk taubat hah???
B             : nanti2 la x puas lagi nie...
saya kisah: aku pun tataw nk jadi apa dgn hampa nie... laki dgn laki pun jadi keja... dgn pompuang ada nafsu ark???
B             : laki aku ja ada aku tadak... awat nak try ka??
saya kisah:sory wei  nabi x ngaku umat kot...
B             : mmg pun... nanti aku taubat la...

emmmm... btw time pakwe dia jemput dia.. perh mmg org kaya... kesian kat kat wife dia... xpa la... hope2 dapat hidayah...
ada lagi 3, 4 org yang biseksual nie yag saya kenal n ada setengah tu tu mmg aktif...  kesian kat diorang..

be carefull kepada perempuan kat luar sana... sbb golongan biseksual nie mmg hensem2... emmm x taw la sapa terkena nasib...  n yang homoseksual pun boleh berubah kepada bisexsual... sebab tu kalau berkawan tu kena kenal kawan kita sebaik mungkin... kepada sesiapa yang selalu idamkan lelaki hensem tu  jaga2lah yea sbb mat2 gay nie bnyak muka2 jambu...  berhati hati lah yea....

NASIHAT PERKAHWINAN

 Salam semua...dulu baru baru nie saya ada entry tentang REMAJA PATUT KAHWIN AWAL n kali nie pula saya nk share dgn semua NASIHAT PERKAHWINAN atceli ni idea sorang kakak nie  nama dia RAUDHAH MIEN (bukan nama sebenar) sedap kan nama tu... bila saya minta share dia pun cakap ok saya pun tggu apa lagi....


~JOM JOM KITA TENGOK~

1. KETIKA AKAN MENIKAH 
Janganlah mencari isteri, tp carilah ibu bg anak-anak kita Janganlah mencari suami, tp carilah ayah bg anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH 
Anda berdua bukan menikah di hadapan IMAM, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA MENERIMA PERNIKAHAN 
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-nsiakan do’a mereka.

5. SEJAK MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak sepenuhnya jalan bertaburan bunga, tp jg semak belukar yg penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA BERGONCANG 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya mestilah semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMIKI ANAK
. Jangan bahagikan cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA BELUM STABIL 
Yakinlah bahAwa pintu rezeki akan terbuka luas berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri

11. KETIKA EKONOMI STABIL 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12. KETIKA MENDIDIK ANAK 
Didiklah mengenal Allah sejak dari kecil.

13. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

14. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berjaya menyelesaikan semua kerjamu. 'Tua' yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ..

15. KETIKA ANAK BERMASALAH 
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tuanya, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA ADA "RACUN
Jangan diminum, cukuplah suami sebagai ubat.

17. KETIKA ADA GODAAN 
Jangan dituruti, cukuplah isteri sebagai pelabuhan hati.

18. KETIKA MEMILIH POTRET KELUARGA 
Pilihlah potret keluarga sekolah yang berada dalam proses pertumbuhan menuju potret keluarga bahagia.

19. KETIKA INGIN DAMAI DAN HARMONI 
Gunakanlah formula (7 K) :-
   Ketaqwaan
     Kasih sayang
Kesetiaan
 Komunikasi
   Keterbukaan
 Kejujuran &
      Kesabaran……

      " Semoga diriku & dirimu termasuk hamba yang disayang oleh-Nya.."
                                                                            Insya'Allah............



TIADA HAK CIPTA DALAM BERDAKWAH