NASIHAT PERKAHWINAN

 Salam semua...dulu baru baru nie saya ada entry tentang REMAJA PATUT KAHWIN AWAL n kali nie pula saya nk share dgn semua NASIHAT PERKAHWINAN atceli ni idea sorang kakak nie  nama dia RAUDHAH MIEN (bukan nama sebenar) sedap kan nama tu... bila saya minta share dia pun cakap ok saya pun tggu apa lagi....


~JOM JOM KITA TENGOK~

1. KETIKA AKAN MENIKAH 
Janganlah mencari isteri, tp carilah ibu bg anak-anak kita Janganlah mencari suami, tp carilah ayah bg anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH 
Anda berdua bukan menikah di hadapan IMAM, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA MENERIMA PERNIKAHAN 
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-nsiakan do’a mereka.

5. SEJAK MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak sepenuhnya jalan bertaburan bunga, tp jg semak belukar yg penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA BERGONCANG 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya mestilah semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMIKI ANAK
. Jangan bahagikan cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA BELUM STABIL 
Yakinlah bahAwa pintu rezeki akan terbuka luas berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri

11. KETIKA EKONOMI STABIL 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12. KETIKA MENDIDIK ANAK 
Didiklah mengenal Allah sejak dari kecil.

13. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

14. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berjaya menyelesaikan semua kerjamu. 'Tua' yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ..

15. KETIKA ANAK BERMASALAH 
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tuanya, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA ADA "RACUN
Jangan diminum, cukuplah suami sebagai ubat.

17. KETIKA ADA GODAAN 
Jangan dituruti, cukuplah isteri sebagai pelabuhan hati.

18. KETIKA MEMILIH POTRET KELUARGA 
Pilihlah potret keluarga sekolah yang berada dalam proses pertumbuhan menuju potret keluarga bahagia.

19. KETIKA INGIN DAMAI DAN HARMONI 
Gunakanlah formula (7 K) :-
   Ketaqwaan
     Kasih sayang
Kesetiaan
 Komunikasi
   Keterbukaan
 Kejujuran &
      Kesabaran……

      " Semoga diriku & dirimu termasuk hamba yang disayang oleh-Nya.."
                                                                            Insya'Allah............



TIADA HAK CIPTA DALAM BERDAKWAH

No comments: