RUGI , BALIK MODAL ATAUPUN UNTUNG

Salam. 
Seperti mana kita ketahui dalam kita membuat pelaburan pasti ada rugi balik modal ataupun mendapat keuntungan. Tidak kisah la dalam pelaburan apa sekali pun samada pelaburan saham, harta benda ataupun perniagaan... dalam kita melakukan semua itu pasti semua mahukan keuntungan. betul? tapi sebanyak mna keuntungan itu terserah kepada  usaha si empunya badan ataupun cukup sekadar selesa dengan mendapat kembali modal yang telah dilaburkan.


Apa yang saya ingin bualkan disini bukanlah mengenai  pelaburan di dunia tapi pelaburan kita di akhirat..
pentas dunia nie adalah medan pelaburan kita untuk memilih samada rugi ataupun sekadar cukup makan ataupun  keuntungan yang lebih... kita telah belajar bahawa WAJIB itu ialah amalan yang wajib dilakukan sepertimana tercatat dlam rukun islam dan rukun iman dan jika kita tinggal amalan wajib nie kita akan mendapat dosa dan dimurkai ALLAH...  melainkan kita bersegera bertaubat memohon keampunan.. 



dan SUNAT pula perkara yang digalakkan untuk kita melakukan untuk mendapat ganjaran yang lebih untuk menampung  kekurangan amalan wajib. jika kita melakukan mendpat pahala jika tidak  x dapat apa.. 


n yang selalu kita takuti ialah perkara HARAM... perkara yg telah terang-terang dilarang oleh ALLAH agar manusia tidak melakukan....juik kita melakukan perkara haram ini maka tentulah kita akan jauh dari amalan wajib dan sunat telah jauh akan kita tinggalkan...

cuba kita bayangkan jika kita hanya melakukan perkara2 wajib... pasti selesa bukan malah ada yang beranggapan bahawa amalan wajib yang dilakukannya sudah mencukupi  untuk dia memasuki syurga... adakahkita cukup  selesa dgn pelaburan kita yg hanya balik modal untuk akhirat nanti...  terpikir jugak bagaimana  dosa kita nanti juga sama tinggi dgn amalan kita tiba ada amalan wajib kita yg lakukan sedangkan masih ada cacat cela... sudah pasti  agak goyah semasa meniti as siratul mustaqim... renung2kan...

dan keuntungan kita di hari akhirat nanti boleh dicapai dengan amalan2 sunat ... sudah pasti orang orang yang melakukan amalan sunat ini akan berasa selesa kerana segala amalan wajib kita yg ada cacat celanya pasti akan tertampung dengan amalan sunat ini... amalan sunat ini kita boleh lakukan sekadar yang kita mampu... islam nie mudah tapi jangan amik mudah...


dan yang paling ditakuti nanti pada hari akhirat kelak ialah jika kita tergolong dalam kalangan orang orang yang rugi...  saya pasti perkara ini yang ditakuti oleh semua orang apabla berbicara mengenai hari prmbalasan kelak... dah ALLAH telah berfirman dalam Al Quran 


Demi masa.
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
Kecuali org2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menghormati untuk kebenaran.
(al asr 1-3)


semamangnya kita berada dalam kerugian jika kita tidak memanfaatkan segala peluang yang ALLAH kurniakan kepada kita..
dan ALLAH telahpun memberi kita peluang untuk kita berebut agar mendapat keuntungan di akhirat kelak.
dan ALLAH telah menyebut dalam surah



 asy syams. (ayat 8-10)
maka dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan...
sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu...
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya...
lihat Allah telah meberitahu kita tetapi  hanya buat endah x endah... alangkah untungya jika kita dapat  mengaut keuntungan yg banyak di dunia ini untukk bekalan di akhirat...

syurga itu amat indah sekali tetapi susah untuk kita menikmati melainkan kita betul betul berhak...
apapun kita patut merancang  kehidupan kita di dunia ini agar beroleh kesenangan di hari akhirat kelak... samada kita tergolong orangorang yg rugi atau pun golonngan yang beruntung di akhirat kelak bergantung kepada usaha kita masa kehidupan kita di dunia yang sementara...

manakah satu arah kita dunia ataupun akhirat??? 
jika dunia kita tergolong orang orang yg rugi.. kalau arah kita ialah akhirat maka didunia akan menyusul maka kita akan mendapat kedua duanya kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung.... insyaALLAH...

No comments: